Oh! Gear
Kilang EV Proton hampir siap di Tanjung Malim. Proton e.MAS 7 bakal jadi simbol kebanggaan Malaysia dalam era automotif elektrik!
Proton kini hanya selangkah lagi menuju revolusi automotif negara apabila kilang kenderaan elektrik (EV) di Tanjung Malim, Perak hampir siap dibina sepenuhnya.
Menurut laporanĀ Berita Harian, kilang moden itu dijadual memulakan pengeluaran berskala penuh bulan depan, sekali gus menjadikan Proton sebagai pengeluar EV pertama negara.
Proton e.MAS 7 jadi ikon kebanggaan

Model pertama yang bakal dilahirkan daripada kilang ini ialah Proton e.MAS 7, sebuah EV yang bakal mencatat sejarah sebagai simbol kebanggaan automotif Malaysia.
Selepas itu, Proton akan memperkenalkan pula Proton e.MAS 5, model peringkat permulaan yang kini sedang dipamerkan dalam siri jelajah seluruh negara.
Kapasiti besar, teknologi terkini

Menurut Proton, kilang baharu ini direka dengan kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit setahun, yang boleh ditingkatkan sehingga 45,000 unit mengikut permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sistem digital moden seperti Manufacturing Execution System (MES) dan Warehouse Management System (WMS) turut dipasang bagi memastikan operasi lebih efisien dan fleksibel.
Kini, kami berada di peringkat akhir penyediaan zon pemasangan serta integrasi peralatan.
Lebih 200 peluang pekerjaan baharu

Selain menjadi mercu tanda industri EV negara, kilang ini juga bakal membuka lebih 200 peluang pekerjaan khususnya dalam bidang industrialisasi EV dan perkhidmatan teknikal.
Lebih 30 pekerja dengan latar belakang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan diploma kini sedang menjalani latihan intensif sebelum pengeluaran bermula.
Sokongan dari Geely

Tidak dilupakan, rakan strategik Proton iaitu Geely dari China memainkan peranan penting dalam pembangunan kilang ini dengan menyediakan kepakaran teknikal, pemilihan peralatan, dan latihan luar negara untuk kakitangan Proton.
Pssttt! Industri automotif negara sedang melangkah ke fasa baharu. Sama-sama kita sokong teknologi hijau tempatan demi masa depan yang lebih lestari dan membanggakan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.