'Saya nak surat cerai. Itu sahaja' – Afreena

'Saya nak surat cerai. Itu sahaja' – Afreena

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Sepang: “Harapan untuk hari ni, saya nak surat cerai. Itu sahaja. Sebab benda ini dah ‘pending’ lama, hampir setahun.

“Jadi Yang Arif, saya minta tolong sangat, please selesaikan benda ini,” kata isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, 33, berhubung kes perceraian mereka itu.

Ditanya juga sama ada reputasinya terjejas dengan pelbagai dakwaan berkaitan kes perceraian itu, Afreena berkata, memanglah berlaku juga sebab dapat perhatian umum.

“Pertama sekali, tipulah tidak (ganggu reputasi) kerana dapat perhatian umum. Tapi, saya sedar masa akan berlalu kerana bagi saya orang di luar sana boleh ‘judge’ macam-macam.

“Apapun, bagi saya ia tidaklah menjejaskan sangat (reputasi). Cuma, kes ini ‘prolong’ dah lama. Jadi, hanya kacau ‘timing’ kita. Naik turun, naik turun mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Afreena ditemui hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini untuk pengesahan lafaz cerai secara taklik yang dibuat ke atasnya menerusi permohonan difailkan Along pada Januari lalu.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Afreena iaitu Mohamad Iezwan Ielias berkata, dia berharap kes pengesahan lafaz cerai secara taklik anak guamnya itu mendapat keputusan daripada hakim hari ini.

“Pada hari ini giliran anak guam saya, Afreena akan memberi hujah balas terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Along kepadanya sebelum ini.”Diharapkan juga semoga kes ini dapat diselesaikan menerusi keputusan mahkamah. Semoga hakim dapat membuat keputusan,” katanya.Sebelum itu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini menetapkan hari ini untuk perbicaraan seterusnya bagi giliran Afreena membela diri terhadap dakwaan dibuat Along kepadanya.Terdahulu, Hakim Syarie iaitu Muhammad Nazri Basrawi menetapkan kes pengesahan lafaz cerai taklik pasangan sensasi itu ditunda pada awal Julai lalu ke hari ini.Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan dengan Zila itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya.#kw Along Cham, pelawak, pelakon, pengesahan lafaz cerai taklik, Afreena Suhaimi, isteri#loc Sepang

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top