Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan ucapan romantis buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf sempena ulang tahun perkahwinan kedua mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan mendedahkan sejak hari pertama mereka kahwin suaminya tidak pernah membiarkan dirinya membuat kerja rumah.
BACA: Netizen Terkejut Tengok Harga Bip Anak Intan Najuwa
“Dari hari pertama hingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah, tak pernah biar saya risau hal-hal kecil. Awak manjakan saya, lindungi saya, dan sayangi saya seperti seorang puteri,” tulisnya,
Sementara itu, Intan berkata rumah tangga mereka lebih lengkap dengan kehadiran cahaya mata mereka, Imane Lunara.
“Dan sekarang, dengan kehadiran bayi perempuan kita, Lunara, cinta kita terasa semakin sempurna,” tulisnya.