Caprice Diperintah ‘Archive’ 31 Hantaran Didakwa Fitnah Asyraf Khalid

Caprice Diperintah ‘Archive’ 31 Hantaran Didakwa Fitnah Asyraf Khalid

Penyanyi rap Caprice diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mengarkibkan (archive) 31 hantaran didakwa berunsur fitnah terhadap usahawan Muhammad Asyraf Khalid yang dimuat naik di Instagram.

Memetik BH Online, perintah itu dibuat Hakim Datuk Anand Ponnudurai selepas membenarkan permohonan injunksi ad-interim secara ex-parte yang difailkan Asyraf terhadap Caprice.

BACA: “Sejak Bila Hang Ni Selebriti?” – Caprice Persoal Asyraf Khalid

Peguam yang mewakili Asyraf berkata segala penerbitan dikeluarkan Caprice berkaitan atau merujuk kepada Muhammad Asyraf (plaintif) perlu diarkibkan bermula hari ini sehingga pelupusan permohonan injunksi secara inter-parte (dua pihak) yang akan didengar 2 September ini.

“Setakat ini defendan masih belum memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab tuntutan saman dikemukakan pihak kami,” katanya.

Terdahulu, Asyraf memfailkan saman mendakwa Caprice menerbitkan 31 hantaran berbaur fitnah antara 30 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Asyraf berkata hantaran tersebut yang dikatakan menggambarkan dia menyalahgunakan wang, kuasa, pengaruh dan kedudukannya sebagai anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

Dalam saman itu, Asyraf turut memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: BH Online


Scroll to Top