Riena Diana Tak Kisah Jadi ‘Nombor Dua’, Puji Keith Foo Utamakan Anak – “Saya Pun Dah Makin Rapat Dengan Skylar”

Riena Diana Tak Kisah Jadi ‘Nombor Dua’, Puji Keith Foo Utamakan Anak – “Saya Pun Dah Makin Rapat Dengan Skylar”

Pelakon, Riena Diana mengakui tidak pernah berkecil hati apabila kekasih hatinya yang juga pelakon , Keith Foo meletakkan anak perempuan tunggalnya, Skylar Raymond FOo sebagai keutamaan dalam hidup.

Ketika ditemui media, Riena berkata sebagai seorang bapa adalah tanggungjawab Keith untuk mengutamakan anaknya sendiri dan dia menghormati perkara itu.

“Keith memang sangat menyayangi anaknya. Sejak awal perkenalan kami lagi dia terus beritahu saya Skylar tetap nombor satu di hatinya.

“Kawan-kawan yang pernah berlakon dengan dia pun pesan kepada saya perkara sama. ‘Kalau nak kenal Keith, kena tahu anak dia sentiasa nombor satu, awak jatuh nombor dua’. Saya memang tiada masalah dengan hal itu,” katamya.

Aktres drama popular Kampung People ini turut meluahkan rasa syukur dan teruja dengan hubungan baiknya bersama Skylar.

“Itu anak dia, ada ikatan darah yang sah. Kalau dia abaikan anak sendiri, saya pun rasa takut juga. Jadi memang sepatutnya dia buat macam itu.

“Alhamdulillah, saya pun rapat dengan Skylar. Mungkin sebab kami sama-sama perempuan jadi senang untuk ‘bonding’.

“Selalu kalau dia datang rumah, dia akan minta saya masakkan makanan kegemarannya seperti Spaghetti, pizza dan paling dia suka steak. Jadi ‘aunty Riena’ lah yang kena masak,” selorohnya.

Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga bersama model, Kim Raymond pada November 2015 namun sah bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Skylar.

Riena berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama Tonton Original Series: Toksik Cinta yang akan ditayangkan pada Disember ini.

Dalam perkembangan lain, Riena bakal muncul dengan drama terbaharunya, memegang watak antagonis bernama Karmila seorang wanita yang berdepan masalah mental dan psiko.

“Walaupun ini bukan kali pertama saya bawa watak jahat, tetapi karakter Karmila cukup mencabar. Ada babak saya perlu memukul suami, lakonan Aqasha dan itu pengalaman yang berbeza buat saya,” latanya.

Scroll to Top