Kes Zara Qairina: 5 Remaja Wanita Tiba Di Mahkamah Undang Perhatian | Trending – Oh! Media

Kes Zara Qairina: 5 Remaja Wanita Tiba Di Mahkamah Undang Perhatian | Trending – Oh! Media

Trending

5 remaja perempuan bawah umur didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak hari ini kes buli Zara Qairina. Inkues tetap dijalankan untuk tentukan punca sebenar kematian.


Kes buli melibatkan pelajar malang, Zara Qairina Mahathir memasuki fasa baharu apabila lima remaja perempuan bawah umur dijangka didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, pagi ini.

Menurut laporan Harian Metro, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah menaiki sebuah van diiringi polis sekitar jam 8.25 pagi.

Didakwa di bawah Seksyen 507C (1)

Kelima-lima mereka yang berusia bawah 18 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan penggunaan atau perbuatan membuat perkataan/komunikasi yang mengancam, kesat atau menghina.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), kertas siasatan telah diteliti dan pendakwaan dibuat berdasarkan keterangan sedia ada.

Inkues tetap akan dijalankan

Zara Qairina

Walaupun ada pendakwaan, prosiding inkues tetap akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Terdahulu, Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada 16 Julai lalu, sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I sehari kemudian.

Pssttt! Buli bukan sekadar ‘gurauan’, ia boleh meragut nyawa. Sama-sama kita didik anak-anak supaya lebih berempati dan hentikan budaya buli di sekolah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top