Ram Singh Beri khidmat Percuma, Tertuduh Bukan Anak VVIP

Ram Singh Beri khidmat Percuma, Tertuduh Bukan Anak VVIP

Peguam mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak mendedahkan bahawa pembelaan yang dilakukan adalah secara percuma.

Memetik Sinar Harian, Datuk Ram Singh yang mengetuai pasukan guaman berkata beliau sedih dengan apa yang menimpa tertuduh sekaligus menangkis tuduhan remaja yang dituduh dikalangan anak VVIP.

BACA: Kes Zara Qairina: Lima Remaja Tak Mengaku Salah Mencela, Guna Kata Kesat

“Saya sedih dan sebagai bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain. Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP,” katanya.

Dalam prosiding tersebut, mahkamah memerintahkan larangan (gag order) melibatkan identiti lima remaja yang dituduh.

Sementara itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina berkata pihaknya tidak dibenarkan bercakap mengenai prosiding kerana wujudnya gag order. 

“Kami memohon maaf, kalau perkara lain kami boleh jawab tetapi untuk prosiding hari ini kami tidak dibenarkan kerana adanya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga gag order. Gag order hanya untuk kes ini sahaja, tetapi inkues tidak ada dan boleh dibuat liputan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Scroll to Top