Rumah Tangga Sedang Bergolak, Artis Lelaki Kantoi Berhibur Di Kelab Malam Dengan Wanita.. Dikritik Tak Sedar Diri

Rumah Tangga Sedang Bergolak, Artis Lelaki Kantoi Berhibur Di Kelab Malam Dengan Wanita.. Dikritik Tak Sedar Diri

Tiada angin tiada ribut, seorang selebriti lelaki didakwa berhibur di sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya.

Memetik laporan Harian Metro, selebriti tersebut dipercayai sedang asyik menari bersama wanita ketika dirinya sedang berdepan dengan konflik rumah tangga.

Menerusi sumber yang mendedahkan video tersebut kepada Harian Metro mendakwa selebriti tersebut seolah-olah tidak terkesan dengan masalah perkahwinannya.

“Memang sedih tengok keadaan dia yang seakan-akan tak sedar diri. Sampai bila dia nak berubah sedangkan usianya bukan remaja lagi. 

“Jadi, tak salahlah kalau isterinya tuntut cerai dengan sikapnya yang tiada rasa tanggungjawab ini. Siapa yang boleh bertahan dengan kehidupan begini?

“Bila lihat dengan mata kepala saya sendiri, saya dah faham situasi sebenar rumah tangga mereka. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik untuk rumah tangga mereka,” katanya. 

Sumber, Kredit foto: Harian Metro

Scroll to Top