Tahniah! Aazief Khalid sah bergelar suami, isteri terima satu dinar emas

Tahniah! Aazief Khalid sah bergelar suami, isteri terima satu dinar emas

Anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid, selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya, Izza Athirah, dalam majlis yang berlangsung penuh sederhana dan berarakah.

Aazief yang segak berbaju Melayu berona putih itu sah bergelar suami kepada Izza dengan hanya sekali lafaz.

Aazief Khalid sah bergelar suami

Pasangan sama cantik, sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, dan Izza menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Momen bahagia mereka dikongsikan Siti Nurhaliza di Instagram Story sebentar tadi, di mana penyanyi tersohor itu turut melahirkan rasa syukur.

“Alhamdulilah,” tulis Siti Nurhaliza.

Artikel lain: Anak tiri TokTi selamat bertunang, Asyraf Khalid juga ucap tahniah

Majlis tersebut dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua mempelai, menambah lagi kemeriahan dan keberkatan pada hari bersejarah itu.

Sebelum ini, sekitar April lalu, Aazief mengumumkan bahawa dia selamat mengikat tali pertunangan bersama Izza melalui laman sosial miliknya.

Sumber: IG ctdk

Scroll to Top