Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun perkongsian pelakon Tiz Zaqyah menerusi platform Threads miliknya menyorot perhatian ramai.
Katanya, benci macam mana sekalipun adalah tidak wajar mengaitkan undang-undang untuk memutuskan hubungan silaturrahim.
“Saya minta maaf jika saya berkata sedemikian. Benci macam mana pun, jangan… janganlah libatkan the law untuk putuskan silaturrahim darah (melainkan cerai atau kes melibatkan tertumpahnay darah),” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan teraju utama drama popular, Nur Kasih ini.





