Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki terpaksa menurunkan poster tertulis #JusticeForZara.
Poster tersebut dipercayai digantung ketika Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu.
Individu reda poster diturunkan

Jelas individu terbabit, dia terpaksa menurunkan poster di atas arahan pihak tertentu.
Saya terpaksa turunkan poster #JusticeForZara atas arahan tertentu. Ini benda yang sangat sensitif. Poster ini tidak boleh dipamerkan pada event RXZ Members, jadi saya mohon maaf semua. Nanti sama-sama kita naikkan balik. Apa pun, #JusticeForZara.
Sehingga kini, video telah menerima lebih 500,000 tontonan dan ribuan komen.
Rata-rata mempersoalkan arahan yang diberikan dan mengaitkan situasi ini dengan peruntukan RM300,000 kerajaan kepada himpunan ini.
Pssttt! Kita tunggu penjelasan daripada pihak penganjur mengenai dakwaan ini. Kalau betul, mesti ramai nak tahu sebabnya kan. #JusticeForZara
Kredit: Facebook Tok Naga
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.