Polis Buru Dua Rakan Didakwa Aniaya Penyanyi Eda Ezrin Sampai Masuk Penjara 9 Bulan! | Oh! Artis – Oh! Media

Polis Buru Dua Rakan Didakwa Aniaya Penyanyi Eda Ezrin Sampai Masuk Penjara 9 Bulan! | Oh! Artis – Oh! Media

Polis Kelantan masih giat memburu dua rakan yang didakwa menganiaya penyanyi dikir barat moden, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, bersama suami dan rakannya, berhubung kes dadah tahun lalu.

Menurut laporanĀ Harian Metro, pihak polis kini sedang menjejaki seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terbabit dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Polis sudah pergi banyak kali ke rumah mereka, tetapi kedua-duanya tidak ada di sini. Setakat ini belum ada petunjuk baharu mengenai kes ini.

Eda Ezrin dakwa dianiaya rakan sendiri

Eda Ezrin Dadah

Siasatan awal mendapati, keterangan diberikan Eda Ezrin, suami dan rakannya adalah konsisten dengan dakwaan bahawa mereka telah dianiaya oleh dua individu terbabit.

Terdahulu, Eda Ezrin, suami dan seorang rakan telah dibebaskan daripada kes dadah pada 6 Ogos lalu selepas pihak polis menilai keterangan mereka.

Pssttt! Dalam hidup ini, tak semua orang yang rapat dengan kita boleh dipercayai sepenuhnya. Hati-hati memilih rakan kerana salah pilih, hidup boleh hancur.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top