Harimau Selatan baham Cats di Kuching

Harimau Selatan baham Cats di Kuching
Jairo buka akaun gol bersama JDT apabila meledak jaringan kemenangan Harimau Selatan di Kuching. Foto Johor Southern Tigers

Jairo buka akaun gol bersama JDT apabila meledak jaringan kemenangan Harimau Selatan di Kuching. Foto Johor Southern Tigers

Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menundukkan Kuching City FC 1-0 di Stadium Negeri, Kuching, Ahad.

Tiga mata di laman The Cats melengkapkan kemenangan ketiga berturut-turut JDT selepas menewaskan Selangor 3-0 dan Negeri Sembilan 5-3 sebelum ini.

Harimau Selatan kendalian Xisco Munoz memulakan perlawanan dengan garang, mengekalkan reputasi mereka sebagai pasukan dominan liga.

Kuching City bagaimanapun hampir mengejutkan apabila Hazwan Bakri hampir meletakkan Cats di hadapan pada minit ke-22.

JDT pula mendapat peluang terbaik separuh masa pertama menerusi percubaan Joao Figueiredo, namun dinafikan penjaga gol Haziq Nadzli, mengekalkan keputusan 0-0 sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Harimau Selatan meningkatkan tekanan melalui rangkaian serangan Jairo da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Figueiredo.

Tekanan itu membuahkan hasil apabila Kuching City terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Yuki Tanigawa dilayangkan kad merah oleh pengadil Razlan Joffri Ali akibat menjatuhkan Figueiredo.

Kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya JDT, dan Jairo akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-61 dengan menyudahkan hantaran Figueiredo, memastikan kemenangan Harimau Selatan.

 

 

Liga Super

Keputusan

Kuching City 0-1 JDT

Penang 1-2 Kuala Lumpur City

Negeri Sembilan 2-1 Selangor FC

 

 

Scroll to Top