Tiga anak rupanya hasil hubungan sulit dengan bapa saudara

Tiga anak rupanya hasil hubungan sulit dengan bapa saudara
Seorang lelaki di Henan, China menceraikan isterinya selepas ujian DNA mendedahkan tiga anak yang dibesarkannya selama 13 tahun sebenarnya hasil hubungan sulit isterinya dengan bapa saudaranya. Foto hiasan/123RF

HENAN – Seorang lelaki di wilayah Henan, China menceraikan isterinya selepas mengetahui tiga anak perempuan yang dibesarkannya selama ini merupakan hasil hubungan sulit isterinya dengan bapa saudaranya.

Lelaki dikenali sebagai Zhou itu telah berkahwin selama 13 tahun dan kebanyakannya bekerja di luar kawasan demi menyara keluarga, selain kerap menghantar wang kepada isterinya.

Kecurigaannya timbul selepas pertengkaran dengan bapa saudaranya, ditambah pula dengan komen jiran yang menyatakan anak sulungnya mirip wajah bapa saudaranya.

Akibat tidak berpuas hati, Zhou kemudian membawa tiga anaknya menjalani ujian DNA secara rahsia dan hasilnya mengesahkan bahawa tiada seorang pun daripada mereka merupakan darah dagingnya.

Susulan itu, dia menuntut cerai dan meminta pampasan sebanyak 150,000 yuan (RM113,000) kerana mendakwa ditipu untuk membesarkan anak yang bukan miliknya.

Selepas perceraian, isterinya berpindah tinggal bersama bapa saudaranya itu sebelum bersetuju membayar pampasan 10,000 yuan (RM7,588) setahun selama 15 tahun. – Agensi

Scroll to Top