Perkongsian madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan menjadi perhatian apabila berkongsikan satu petikan.
Menerusi hantaran itu, Misya berkongsikan kata-kata mengenai keperibadian wanita yang ceria serta penuh rasa syukur serta tiada rasa dendam.
BACA: Aslam ‘Suprise’ Bunga, Hadiahkan Misya Gelang Emas RM10k
“Kita usahakan menjadi perempuan ceria itu, yang hidupnya penuh dengan rasa syukur dan tidak memiliki rasa dendam..
“…tidak ada yang lebih indah dari melihat diri sendiri kembali melakukan hal hal yang disukai dan memiliki senyum tulus,” tulisnya.
Perkongsian Misya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen menyifatkan Misya seorang wanita yang kuat serta mendoakan rumah tangganya bahagia hingga ke syurga.





