“Setiap sen untuk pelajar miskin!” – Asyraf Wajdi nekad saman fitnah RM1 juta terhadap Papagomo

“Setiap sen untuk pelajar miskin!” – Asyraf Wajdi nekad saman fitnah RM1 juta terhadap Papagomo

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau bertekad meneruskan tindakan undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo berhubung kes saman fitnah berjumlah RM1 juta.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berharap agar pihak mahkamah dapat mempercepatkan proses perbicaraan.

“Mudah-mudahan saman fitnah RM1 juta saya ke atas beliau juga dapat disegerakan tarikh perbicaraannya daripada pihak mahkamah.
“InsyaAllah, saya bertekad dan berazam, jika menang saman fitnah kelak, setiap sen yang diterima tidak akan saya gunakan untuk peribadi, sebaliknya akan saya sumbangkan semuanya kepada pelajar-pelajar miskin untuk tujuan melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi ataupun institusi pendidikan MARA,” tulisnya.

Asyraf Wajdi nekad saman fitnah

Artikel lain: Tak sembang kosong! Asyraf Wajdi serah notis saman fitnah RM1 juta kepada Papagomo

Terdahulu, Asyraf telah menyerahkan notis tuntutan saman fitnah bernilai RM1 juta kepada Papagomo berhubung dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Menurut Asyraf, notis tersebut diserahkan oleh pasukan guamannya di kediaman Papagomo pada Julai lalu.

Papagomo sebelum ini didakwa memfitnah Asyraf menerusi satu siaran langsung video dengan mendakwa beliau menggunakan dana MARA untuk menaja sebuah majlis di Parlimen Grik, Perak.

Sebagai respons, Asyraf menafikan dakwaan itu dan memuat naik satu video balas, selain menyatakan hasrat untuk memfailkan saman fitnah sebanyak RM1 juta bagi membersihkan namanya.

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Scroll to Top