Sweden tetap panggil Isak walau krisis dengan Newcastle

Sweden tetap panggil Isak walau krisis dengan Newcastle

London: Sweden tetap memanggil Alexander Isak untuk aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan biarpun penyerang itu masih berkrisis dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.

Penyerang berusia 21 tahun itu tidak menyertai jelajah pramusim Newcastle dan hanya berlatih bersendirian selepas cuba memaksa perpindahan, situasi yang digambarkan pengurus Eddie Howe sebagai “kerugian berganda.”

“Pertama sekali, ia bukan situasi yang ideal. Sebaiknya, pemain itu berlatih dan beraksi bersama pasukan kelab,” kata jurulatih Sweden, Jon Dahl Tomasson, semalam.

Dalam masa sama, penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres turut dipanggil, namun bintang Tottenham Hotspur, Dejan Kulusevski diketepikan akibat kecederaan sementara kapten Victor Lindelof tidak tersenarai selepas meninggalkan Manchester United dan masih belum menyertai mana-mana kelab.

“Victor (Lindelof) adalah pemain penting buat kami, tetapi ketika ini dia tidak mempunyai kelab dan tidak menjalani latihan secara berkumpulan,” jelas Tomasson.

Sweden dijadualkan beraksi di gelanggang lawan menentang Slovenia pada 5 September sebelum bertemu Kosovo tiga hari kemudian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top