Isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Fazeera Nazri Azri meluahkan rasa syukur apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat ijazah sarjana.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Fazeera mengakui terkejut dengan pencapaian itu kerana dia tidak meletakkan harapan tinggi selepas menduduki keempat-empat subjek ketika masih dalam tempoh berpantang.
“Sumpah! Saya menangis dibahu suami saya.
“Buat exam masa berpantang, buat konsep paper 30 muka surat dalam masa kurang dua minggu. Ya Allah, syukur!” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini menjelaskan, anak-anak menjadi adalah faktor utama kepada sumber kekuatannya selain mengajarnya untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan kehidupan seharian.
“Sebenarnya ada anak-anak kecil ramai ni mengajar saya banyak perkara.
“Pertama jadi lebih berdisiplin dengan masa kerana masa tu adalah segalanya untuk menguruskan duniawi ni,” jelasnya.




Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.




