“Penyanyi Wanita Kegemaran Saya Amira Othman” – Fattah Amin

“Penyanyi Wanita Kegemaran Saya Amira Othman” – Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin menjadi perhatian apabila menjawab pertanyaan siapakah penyanyi wanita kegemarannya.

Menerusi sesi siaran langsung, penyampai radio, Radin bertanyakan soalan kepada Fattah dan tidak berselindung aktor itu menyebut nama, Amira Othman.

BACA: “Kalau Ada Berita Baik Kita Kongsi, Tiada Sorok-Sorok” – Pengurus Fattah

“Penyanyi wanita kegemaran saya, Amira Othman. Kita sokong rakan sekerja. Terus terang saja jawab,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila mendengar jawapan daripada Fattah dan ada yang mengatakan aktor tersebut dengan yakin memberikan jawapan tanpa berfikir panjang.


Scroll to Top