Trending
Lelaki bernama Ikhwan Ariff balas netizen dengan kata-kata kesat. Jelaskan kenapa boleh ‘lepas’.
Isu melibatkan individu dikenali sebagai ‘Daddy Ash’ semakin panas apabila dia bertikam lidah dengan netizen di media sosial.
Ini disebabkan netizen menghentamnya bertubi-tubi dan menggesa pihak berkuasa menangkapnya di atas kesalahan yang dilakukan.
Ikhwan Ariff koyak teruk
Dalam satu video yang tular, Daddy Ash atau nama sebenarnya Ikhwan Ariff dengan penuh emosi menjawab kritikan netizen.
Eh barua! Aku ni buat (kesalahan) apa? Aku ni bersekongkol dengan Israel ke? Aku ni jual manusia?
Dia turut menyenaraikan beberapa kes jenayah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ikat jamin, sambil mengaitkan kes mahkamah yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Kau jangan la jadi bebal sangat. Aku ni buat maksiat (boleh diikat jamin). Kau sebenarnya nak apa? Kau nak k*te aku ke? Kau nak, cakap. Aku boleh bagi. Aku tau laki kau tak bagi kan? Aku boleh bagi. Faham? Aku boleh bantai kau kalau kau nak. Baru kau tau siapa ‘hot daddy’.
Tindakannya yang kasar itu nyata mengundang kecaman ramai pengguna media sosial kerana dilihat seolah-olah berbangga dengan maksiat serta memberi contoh tidak baik kepada masyarakat.
Tidak terhenti di situ, pempengaruh Iesya Toh turut berkongsi komen panas yang ditinggalkan Ikhwan Ariff kepadanya.
Bangga buat maksiat, sekurang-kurangnya tak ambil duit rakyat

Sebagai respon, Iesya mempersoalkan adakah alasan tersebut membolehkan lelaki itu membuat maksiat sesuka hati.
Malah, Ikhwan Ariff menuduh Iesya mempunyai skandal dengan menteri membuatkan Iesya tidak berdiam diri.
Menteri mana? Kau nak kena saman ke? Aku nka tengok kau melutut nanti.
Daddy Ash juga sempat menempelak kembali dengan kata-kata kesat kepada Iesya dan netizen lain. Dia menegaskan dirinya tidak menipu sesiapa dan mencabar agar mereka menumpukan kepada isu lain seperti tempat pelacuran, berbanding menyerangnya di media sosial.
Pssttt! Tindakannya ini hanya mengundang lebih banyak kebencian masyarakat. Pihak berkuasa wajar meneliti isu ini agar tidak terus menjadi tontonan yang merosakkan.
Kredit: Instagram Iesya Toh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




