Penyanyi Mimifly berkata dia lebih suka bersendirian dan kehidupan sebagai wanita solo memberi ruang untuk dia berkarya serta mendekatkan diri dengan Tuhan.
Memetik mStar Online penyanyi berusia 39 tahun itu berkata selepas melalui fasa perceraian dia merasakan banyak perubahan positif dalam kerjaya seninya.
BACA: Rakan Lama Tiba-Tiba Muncul Cari Mimi Fly, Nak Tumpang Glamor
“Sekarang saya lebih suka bersendirian, barulah saya rasa hubungan saya dengan Tuhan lebih kuat. Saya buat lagu Angkat lepas saya bercerai. Sebelum ini saya ada persepsi lain tentang pasangan, cinta dan teman hidup.
“Kawan-kawan rapat saya sendiri cakap bila dah breakup baru saya naik (kerjaya). Mereka kata perlu putus dalam hubungan dulu barulah saya bersemangat,” katanya.
Sementara itu, Mimi mengakui apabila bersendirian dia lebih menghargai hubungan dengan orang sekeliling serta lebih dekat dengan Tuhan.
“Bila ada pasangan, saya tak banyak masa seorang diri dengan Tuhan. Bila kita seorang diri, tak tahu nak gambarkan perasaan itu tapi saya rasa lebih dekat dengan Tuhan.
“Ilham itu mudah datang. Rasa sayang dari keluarga dan kawan-kawan pun masin terasa bila kira seorang diri,” katanya.
Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Fajar pada 16 Mei 2015 namun rumah tangga terlerai selepas tiga tahun.
Sumber: mStar Online




