Oh! Negara
Ibu Zara Qairina tenang di Mahkamah Koroner, keluarga bersemangat teruskan inkues demi mencari kebenaran.
Kehadiran ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pagi tadi jadi perhatian ramai. Walaupun kes yang dibicarakan penuh emosi, wajah tenang Noraidah Lamat seolah-olah menggambarkan kekuatan luar biasa seorang ibu yang mencari keadilan untuk anaknya.
Noraidah tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah sekitar jam 8.50 pagi bersama wakil NGO dan pasukan guamannya. Suasana agak tegang dengan kehadiran orang ramai serta media, tetapi beliau masih mampu melontarkan senyuman dan sempat menjawab salam wartawan yang menanti sejak awal pagi.
Lebih mengejutkan, sebelum melangkah masuk ke mahkamah, Noraidah berdiri seketika sambil menghadiahkan senyuman tanpa menunjukkan riak sugul. Tenang, tapi penuh makna.
Keluarga bersemangat teruskan inkues Zara Qairina…

Selepas prosiding permohonan inkues selesai, ketenangan Noraidah masih sama. Malah, peguam keluarga, Shahlan Jufri, dalam sidang media memaklumkan semangat keluarga semakin kuat untuk meneruskan prosiding inkues selepas mahkamah menolak permohonan penangguhan yang dibuat pihak pembelaan.
Ibu Zara bersemangat, memang inilah hari-hari yang dinantikan. Sejak awal lagi keluarga mahu inkues ini diteruskan. Bila permohonan tangguh tidak dibenarkan, saya percaya ibu Zara gembira untuk meneruskan prosiding.- Kata Shahlan.

Menurut beliau lagi, ketenangan Noraidah mencerminkan kesungguhan keluarga untuk melihat perjalanan inkues berjalan lancar demi mencari kebenaran dalam kes kematian anaknya.
Untuk rekod, Koroner Azreena Aziz sebelum ini sudah menetapkan tarikh pendengaran inkues kematian arwah Zara Qairina bermula 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September depan.
Pssttt! Kadang-kadang, tenang itu bukan bermaksud kita tak rasa apa-apa, tapi ia tanda kita kuat menghadapi ujian. Ohmedia nak ingatkan korang, dalam apa jua situasi hidup, jangan cepat berputus asa. Teruskan perjuangan sampai kebenaran terbukti, sebab keberanian selalunya lahir daripada hati yang redha dan tabah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




