“Siapa Yang Menjauh Tu Adalah Doa-Doa Saya Yang Allah Makbulkan”

“Siapa Yang Menjauh Tu Adalah Doa-Doa Saya Yang Allah Makbulkan”

Pelakon Nur Fazura berkata ketika dia melalui titik terendah dalam hidupnya mereka yang dianggap sebagai sahabat hilang dan tiada sokongan diberikan terhadapnya.

Menerusi sesi siaran langsung, Fazura menyifatkan dirinya seorang sahabat yang sentiasa memberikan sokongan serta akan pertahankan mereka.

BACA: Penampilan Fazura Main Pickleball Dipuji Cantik & Sopan

Namun, ketika tempoh tersebut individu-individu tersebut ‘lari’ dan tiada langsung mesej dikirimkan buatnya.

“Kalau kawan-kawan kena aniaya saya akan jadi orang pertama pertahankan mereka dan akan buat apa saja untuk membantu.

“Tapi disaat titik terendah saya awal-awal sebelum sembilan bulan ini, bila berlakunya apa yang terjadi pada diri Faz, mereka hilang.

“Siapa yang Faz sokong, selalu ada untuk mereka, sayang macam adik sendiri pun tak ada. Tiada yang cari saya, mesej ringkas pun tak ada. Patut mereka inilah yang sentiasa ada untuk saya. Semua lari, tak ada. At least mesej tanya khabar, tapi tak ada,” katanya.

Sementara itu, Fazura mengakui dia sedih dengan apa yang berlaku serta banyak pengkhianatan dan memilih untuk mengecilkan kelompok sahabatnya.

“Ada banyak pengkhianatan. Sebagai manusia biasa saya sedih dan kecewa tpai saya percaya mungkin itu adalah kerana doa-doa yang dimakbulkan oleh Allah. Mungkin mereka bukan yang terbaik untuk saya,” katanya.


Scroll to Top