Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencuri perhatian apabila memilih untuk tunduk hormat berbanding bersalaman dengan Presiden China, Xi Jinping.
Wan Azizah pilih tunduk hormat
Menerusi rakaman video yang tular di X, Wan Azizah dilihat berjalan mengiringi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Tianjin 2025 di China pada 31 Ogos hingga 1 September lalu.
🚨⚡️UNUSUAL
The wife of Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim refused to shake hands with President Xi Jinping at the Shanghai Cooperation Summit in Tianjin 2025 pic.twitter.com/IPVGmlv2jz
— RussiaNews 🇷🇺 (@mog_russEN) September 1, 2025
Tunduk hormat dan bersalaman dengan isteri Presiden China
Ketika Jinping menghulurkan tangan, Wan Azizah dengan sopan hanya membongkokkan badan sebagai tanda hormat.
Presiden China itu turut mengangguk, menunjukkan beliau memahami pendirian Wan Azizah untuk tidak berjabat tangan.
Beliau kemudiannya bersalaman dengan isteri Jinping, Peng Liyuan yang berada di sisi Presiden China di atas pentas.

Wanita Muslim tidak bersalaman dengan bukan mahram
Perkara tersebut telah mendapat pujian ramai kerana tindakan beliau yang menjaga batas antara lelaki dan wanita bukan mahram dalam Islam.

Perkara normal untuk umat Islam

Masing-masing saling menghormati

Artikel lain: Hubungan Malaysia–China makin kukuh, berdiri atas asas kepercayaan – PM Anwar
Difahamkan, Perdana Menteri berada China bagi lawatan kerja empat hari ke negara tersebut termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025.
Beliau telah berangkat ke sana sejurus selepas selesai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Sumber: X @mog_russEN




