Pelakon popular, Mimi Lana menyorot perhatian ramai selepas berkongsi video pendek menerusi hantaran di laman sosial miliknya.
Menerusi perkongsian berdurasi 48 saat itu, Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, kelihatan berkongsi rutin hariannya termasuklah menghadiri kelas pilates, menikmati sarapan dan ketika pulang ke rumah berjumpa suaminya yang juga pelakon, Syafiq Kyle sebelum meneruskan perjalanannya ke London.
“Ciao Malaysia, ” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, video tersebut menerima pelbagai respons dalam kalangan peminat yang meminta pasangan itu menghormati pasangan single.




Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Isnin.




