Tiada angin, tiada ribut, isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu.
Memetik laporan mStar, pasangan terbabit mempunyai prosiding kes di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Selasa.
Dan, difahamkan sebutan kes dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang tadi.

Meskipun, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pergolakan rumah tangganya namun, berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan akaun Instagram miliknya mendapati, gambar bersama Syazwani yang pernah dikongsikan sejak beberapa tahun lalu telah dipadam.
Sekadar info, Fisal dan Nur Syazwani mendiriakn rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Terdahulu Faisal Halim dilaporkan disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu sebelum menerima rawatan di hospital selama hampir 3 minggu.
Pada 8 Mei lalu, peguam kepada Faisal Halim mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemair itu diklasifikasikan sebagai NFA oleh AGC.
Sumber: mStar, Instagram




