Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tampil memberi amaran keras kepada dua pelakon yang didakwa melakukan aksi bercumbuan di sebuah photobooth pusat membeli-belah.
Menurut laporan mStar, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana selebriti sentiasa menjadi perhatian ramai.
Zed Zaidi tegur pelakon terlibat aksi tak senonoh

Menurut Zed, artis baharu terutamanya perlu lebih berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka agar tidak menjejaskan imej industri hiburan tanah air.
Kepada mereka yang bercumbuan itu, janganlah busukkan nama industri. Kalau nak buat lagi, terus kahwin sahaja lah. Jangan buat orang pandang industri kita ini negatif.
Belum ada tindakan, tapi amaran sudah diberi

Setakat ini, tiada tindakan rasmi diambil namun Zed menegaskan beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih tegas jika kejadian sama berulang.
Untuk tindakan, perkara ini masih belum lagi berbangkit. Jadi, saya bagi amaran dahulu kepada mereka sebagai peringatan. Kalau berulang lagi, baru saya pertimbangkan untuk ambil tindakan yang lebih berat.
Netizen terkejut dengan dakwaan

Pada 22 Ogos lalu, mStar melaporkan dua pelakon terkenal didakwa melakukan aksi tidak senonoh termasuk bercium mulut ketika bergambar di photobooth sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Pendedahan itu nyata mengejutkan ramai pihak dan menimbulkan perdebatan hangat di media sosial.
Pssttt! Artis bukan sekadar berbakat, tetapi juga ikon masyarakat. Jaga maruah dan imej diri kerana setiap tindakan akan jadi perhatian dan ikutan ramai.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




