Pegawai Polis Dipecat Lepas Kematian Pekerja Ojek

Pegawai Polis Dipecat Lepas Kematian Pekerja Ojek

Oh! Tidak

Polis Indonesia pecat pegawai lepas kematian penunggang ojek Affan Kurniawan ketika protes besar-besaran.


Di Indonesia, protes besar-besaran yang tercetus sejak akhir Ogos lalu makin jadi perhatian dunia. Semua bermula dengan isu ketidaksamarataan ekonomi dan elaun mewah ahli parlimen.

Bagaimanapun, keadaan jadi lebih panas bila satu insiden tragis berlaku apabila seorang penghantar barang, Affan Kurniawan, 21, maut dilanggar kenderaan taktikal tentera ketika tunjuk perasaan.

Pegawai polis langgar penunggang Ojek dipecat tidak terhormat…

 0222

Susulan tragedi itu, Suruhanjaya polis Indonesia pada Rabu mengumumkan pemecatan seorang pegawai, Cosmas K Gae, kerana didapati bersalah melanggar etika tugas.

Jurucakap polis kebangsaan, Trunoyudo Wisnu Andiko, menyifatkan tindakan Cosmas sebagai tidak profesional dan satu “perbuatan tercela.”

Sebagai hukuman, ini memerlukan pemecatan tidak terhormat sebagai anggota polis negara.- Katanya.

Pegawai terlibat dakwa hanya jalankan tugas…

 0221

Cosmas yang dilaporkan berada dalam kenderaan yang melanggar Affan bagaimanapun mempertahankan dirinya. Menurutnya, dia hanya bertindak untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan pegawai lain.

Tiada niat, jujur demi Tuhan. Tiada niat untuk mencederakan orang.- Katanya.

Malah, dia mendakwa hanya tahu mengenai kematian Affan selepas berita itu tular di media sosial. Cosmas diberi tempoh tiga hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya.

Walaupun protes semakin reda selepas beberapa elaun ahli parlimen dimansuhkan dan tentera dikerahkan di ibu negara, ketegangan di jalanan masih belum betul-betul pulih.

Pssttt! Apa yang jadi dekat Indonesia ni jelas tunjukkan betapa besarnya kesan bila rakyat rasa tertindas. Nyawa anak muda seperti Affan jadi taruhan dalam perjuangan suara rakyat. Ohmedia nak pesan, bila kita ada kuasa atau tanggungjawab, jangan sesekali ambil mudah amanah tu.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top