“Kita Minta Allah Lindung Tapi Hanya Syaitan Akan Sakit Hati” – Fazura

“Kita Minta Allah Lindung Tapi Hanya Syaitan Akan Sakit Hati” – Fazura

Perkongsian selebriti popular, Nur Fazura menerusi hantaran di Threads dilihat seolah-olah menegur segelintir netizen yang bersikap hasad dengki terhadap apa sahaja kenyataan yang diberikannya sebelum ini.

Ia susulan hantaran yang dimuat naik seorang pengguna media sosial di platform berkenaan yang berkongsi tangkap layar sebuah portal hiburan mengenai kenyataan Fazura berkenaan hubungannya bersama rakan-rakannya sebelum ini yang dilihat semakin renggang.

“Sis Fazura kita cakap macam ni pun ramai yang nak kecam. Tak faham aku,” tulis individu berkenaan.

Menyedari perkongsian tersebut, Fazura atau lebih mesra di sapa Faz tampil menjelaskan sekali lagi bahawa itu adalah hasil daripada doa-doa yang dimintanya kepada Allah.

Dan, hanya mereka yang sakt hati sahaja suka menyalahtafsirkan kenyataan tersebut.

“Kita minta Allah lindung. Tapi hanya syaitan akan sakit hati,” balasnya.

Meskipun tidak mengulas lanjut, namun rata-rata warganet menyokong tindakan Fazura yang berani menegur golongan tersebut.

Scroll to Top