Bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar sekali lagi mencuri perhatian selepas memaklumkan dia telah ditipu oleh individu didakwa ‘kekasih’ nya melibatkan sejumlah besar wang.
Menerusi perkongsian video di Instagram Story (IGS), anak kepada usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton ini menegaskan agar menjadikannya sebagai contoh untuk tidak menjadi ‘bodoh’ dek kerana terlalu percaya kepada lelaki.
Jelasnya, golongan wanita tidak seharusnya meletakkan kepercayaan terhadap golongan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan.
“Wahai perempuan-perempuan bijak sekalian. Jadikan saya sebagai contoh. Jangan cepat kesian orang. Lagi lagi kalau kita ada duit dan pandai cari duit. Banyak lelaki yang nak gunakan kita sebagai batu loncatan je. Untuk upgrade diri sendiri.
“Mempergunakan kita dgengan janji-janji manis. “Habis madu sepah dibuang”. Kita sangka kita bijak, tapi ke-kesianan kita tu yang buat kita bodoh sebenarnya. Bukan kita tak nampak tapi kita tipu diri sendiri.
“Selepas saya, ada beberapa perempuan berkerjaya lain yang dia cuba dekati. Yang bijak memang dapat elak. Ada yang bodoh tu pandai-pandai lah kau nak hidup.
Kalau kau rasa kau bijak dari dia, silakan. Semoga selamat,” katanya.
Menerusi hantaran berlainan pula, Nadia mengakui, situasi yang berlaku terhadap dirinya itu menjadi refleksi kenapa masyarakat sekarang susah untuk meletakkan kepercayaan terhadap orang lain.
Kongsinya, sikap empati yang terlalu tinggi menyebabkan dia sanggup untuk menolong ‘kekasih’ nya itu mendapatkan pinjaman untuk mengeluarkan kenderaan baru dengan alasan kenderaan miliknya sebelum ini rosak. Termasuklah, teringin memiliki nombor flat kenderaan yang cantik.
Tidak habis disitu, Nadia turut memberikan pinjaman berupa sejumlah wang ringgit untuk ‘kekasih’ nya memulakan perniagaan meskipun individu tersebut tidak mempunyai sebarang modal.
Lebih memilukan, ‘kekasih’ nya itu culas untuk menggantikan semula wang yang telah digunakan dengan alasan duit tersebut bukanlah miliknya sebaliknya meminta Nadia menyelesaikan segalanya.
“I admit I was stupid to trust a guy like that. Saya terlalu cepat kesian. Kereta dia selalu rosak, saya tolong dia buat pinjaman untuk lori baru. Dia mahukan nombor plat yang bagus dan bodykit. Saya pinjamkan lagi dia wang.
“Dia nak memulakan perniagaan tanpa modal, saya menanggung bahagiannya. Walaupun dia pergi canang perniagaan ituadalah milik bersama iaitu secara 50-50.
“Apabila kami ditipu (oleh rakannya sendiri), tidak sekali pun dia cuba membantu mendapatkan semula wang tersebut. Sebaliknya, dia menyuruh saya menyelesaikannya sendiri memandangkan itu bukan wang dia.
“Jika ia benar-benar 50-50, maka sudah tentu dia harus berkongsi kerugian juga. Tetapi nampaknya, that partnership only works one way,” jelasnya.

Terdahulu, Nadia pernah tampil menegur seorang individu yang masih gagal melangsaikan hutang seperti dijanjikannya.
Menerusi perkongsian video pendek, dia menegaskan dirinya sudah cukup bersabar menunggu bayaran tersebut.
“Kepada yang janji nak pulangkan duit saya, saya minta jangan sampai saya terpaksa ulang berkali-kali.
“Yang hutang duit saya, janji nak bayar tapi sampai sekarang baru RM1,000 saja dibayar. Jangan sampai saya naik angin. Ini pun saya masih boleh bersabar,” ujarnya.




