Khairul Aming Dedikasi Anugerah Maulidur Rasul Buat Semua Peniaga – “Anda Semua Kuat! Kita Sama-Sama Berniaga Dengan Ikhlas, Berkat & Halal”

Khairul Aming Dedikasi Anugerah Maulidur Rasul Buat Semua Peniaga – “Anda Semua Kuat! Kita Sama-Sama Berniaga Dengan Ikhlas, Berkat & Halal”

Selebriti media sosial, Khairul Aming mendedikasikan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M bagi kategori usahawan yang diterimanya kepada semua peniaga di luar sana.

Kata Aming, sebagai usahawan yang bermula daripada bawah, dia memahami keadaan dan cabaran yang dilalui oleh semua peniaga-peniaga termasuklah, makanan atau produk yang tidak habis terjual, untung dan rugi malah, ada yang tidak tidur malam memikirkan gaji pekerja.

“Anugerah ini KA (Khiarul Aming) tujukan kepada semua peniaga diluar sana. Ada yang berniaga dalam hujan dan panas, ada yang menitis air mata bila banyak tak terjual, ada yang tak tidur malam fikirkan gaji pekerja, ada yang rugi tapi masih mampu tersenyum lebar. Anda semua orang yang kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Aming sempat menitipkan pesanan agar semua peniaga tidak berputus asa sebaliknya percaya kepada rezeki yang telah diberikan Allah SWT.

Sekaligus, berharap agar mereka semua berniaga dengan cara yang ikhlas, berkat dan halal.

“Teruskanlah berniaga & yakinlah dengan rezeki yang Allah SWT berikan.

“Yang penting sama-sama kita berniaga dengan cara yang ikhlas, berkat dan halal,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Aming menerusi hantaran di Instagram miliknya usai sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada Jumaat.

 

Scroll to Top