Perhimpunan Agung BERSATU kecoh!

Perhimpunan Agung BERSATU kecoh!

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Shah Alam: Perhimpunan Agung BERSATU malam ini dicemari dengan insiden kekecohan apabila beberapa ahli parti itu menjerit kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa Muhyiddin berucap mengenai pihak yang mengutip tandatangan untuk menjatuhkannya, beberapa ahli parti itu dilihat melaungkan ‘turun Tan Sri’.

Melihat kepada tindakan beberapa individu itu, majoriti ahli parti berkenaan kemudian bangun dan menyatakan ‘hidup Tan Sri’.

Selain itu, beberapa pegawai parti juga dilihat segera bertindak dengan menenangkan keadaan dan mengiringi kumpulan itu keluar dari dewan.

[Berita penuh menyusul]

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top