HASIL GAMBAR LEBIH INDAH

HASIL GAMBAR LEBIH INDAH

saufi@mediaprima.com.my

PENGGUNA sememangnya terkait rapat dengan kamera peranti pintar, khususnya ketika merakam gambar pemandangan indah tatkala bercuti di lokasi tarikan umum.

Malah, pengguna juga boleh memanfaatkan peranti baharu keluaran Google iaitu Google Pixel 10 untuk merakam gambar unik serta pemandangan indah.

Peranti ini hadir dengan kamera dengan spesifikasi terkini di samping keupayaan lensa telephoto 5 kali, mod Kecerdasan Buatan (AI) dan zum.

Pilih lensa yang tepat, ‘fokus’ latar untuk impak

Gunakan sudut ultra lebar ‘ultrawide’ untuk pemandangan luas dan beralih ke ‘telefoto 5x’ untuk ‘menarik rapat’ lapisan gunung atau bangunan (kesan kompresi perspektif). Apabila perlukan butiran jauh tanpa bergerak, gunakan ‘Pro Res Zoom’ (hingga 20x)

Tawan panorama tanpa ‘jahitan’ pelik

Panorama menggunakan peranti Pixel kini lebih pintar, pergerakan mengikut titik pandu mengurangkan herotan dan garis ‘jahitan’. Kekalkan pergerakan stabil dan berhenti seketika pada setiap titik pandu di skrin untuk hasil licin

Air terjun dan ombak: Guna pendedahan panjang (Long Exposure)

Untuk kesan sutra pada air atau gerakan awan, aktifkan ‘Long Exposure’. Letak telefon di tripod atau permukaan kukuh untuk mengelak gegar, terutama dalam cahaya malap

Fokus gambar senja, malam dan astrografi (langit malam)

Waktu biru (blue hour) dan malam, beralih ke ‘Night Sight’ jika dipasang kukuh (tripod/permukaan pegun), telefon akan mengaktifkan Astrografi untuk bintang. Elak zum tinggi; biar binaan di latar

Kuasai Ultra HDR (atau matikan bila perlu)

Ultra HDR menaikkan julat dinamik pada skrin HDR. Hebat untuk langit berawan dan refleksi air tetapi jika warna kelihatan terlalu terang pada skrin biasa atau media sosial, pertimbangkan eksport SDR atau matikan Ultra HDR untuk konsistensi paparan

Pro Controls dan 50MP (varian Pro)

Jika anda menggunakan peranti Pixel 10 Pro atau Pro XL, aktifkan ‘High-Res 50MP’ dan gunakan ‘Pro Controls’ (ISO, shutter speed, fokus manual). Untuk landskap cerah: ISO serendah mungkin, ‘expose for highlights’ (gelapkan sedikit) supaya awan tidak ‘terbakar.’

RAW+JPEG untuk fleksibiliti suntingan

Aktifkan mod hasil gambar menggunakan RAW+JPEG dalam tetapan kamera. Fail RAW memberi ruang besar untuk memulihkan highlight langit, menaikkan ‘shadow’ kawasan hutan serta melaras ‘white balance’ subuh atau senja dengan lebih natural sebelum diterbitkan

Komposisi: grid, ‘foreground’ & garis aras

Hidupkan grid untuk Prinsip Ketiga (rule of thirds), selitkan unsur latar depan (batu, pagar dan pokok) bagi kedalaman, dan pastikan horizon mendatar.

Stabilkan rakaman dan kawal sentuhan

Gunakan tripod kecil, gunakan detik (timer) dua hingga tiga saat atau perintah suara untuk elak gegar ketika langit malap. Jika angin kuat, sandarkan telefon pada objek pegun

Sentuhan akhir yang bijak, bukan berlebihan

Di Google Photos, mulakan dengan ‘Auto’ lalu laras ‘Highlights/Shadow’, tambah sedikit ‘Dehaze’ untuk kabus pagi, dan kekal berhati-hati dengan ‘Saturation’ (langit mudah jadi (overcooked).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top