am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Pegawai penyiasat mengarahkan agar mayat Allahyarham Zara Qairina Mahathir dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik selepas berbincang dengan ibunya, Noraidah Lamat.
Saksi keempat inkues Zara, Dr Pavankumar Balachandran berkata, pesakit dimasukkan ke Wad Neurosurgikal dengan diiringi oleh kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 16 Julai, jam 6.40 petang.
“Di wad, pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal pemulihan.
“Keluarga telah dimaklumkan secara terperinci mengenai ketiadaan refleks otak, yang menandakan prognosis yang sangat lemah dan tidak menentu.
“Keadaan pesakit beransur-ansur merosot dan akhirnya meninggal dunia pada 17 Julai 2025, kira-kira jam 1.07 tengah hari.
“Punca kematian adalah disebabkan oleh kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati hipoksik-iskemik,” katanya ketika membacakan kenyataannya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Beliau berkata, mayat berada di wad sehingga pegawai penyiasat tiba.
Dr Pavankumar juga menerangkan kepada pegawai penyiasat dan ibu si mati mengenai punca kematian.
“Selepas perbincangan pegawai penyiasat dengan ibu si mati, pegawai penyiasat telah mengarahkan agar mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik,” katanya.
Dr Pavankumar berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Jabatan Neurosurgikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) antara 2021 dan 2023 sebelum ditugaskan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Julai 2023 sehingga kini.
Beliau mempunyai pengalaman bekerja di Jabatan Pembedahan Am sebelum ditempatkan di Jabatan Neurosurgikal pada akhir tahun 2023.
“Skop kerja utama saya adalah menguruskan pesakit yang dirujuk kepada pasukan Neurosurgikal yang merangkumi pengurusan pesakit dalam dan pesakit luar,” katanya.
Pada 15 Julai, Zara telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE oleh pasukan Penjagaan Pra-Hospital (PHC) dari Klinik Kesihatan Kinarut.
Pesakit diuruskan bersama oleh pasukan pelbagai disiplin membabitkan Jabatan Kecemasan, Pembedahan Am, Ortopedik, dan Anestesia Am.
- Pasukan trauma tidak hubungi polis kerana fokus selamatkan nyawa
- Kecederaan disebabkan tenaga kinetik yang kuat
- Zara Qairina dalam keadaan sangat kritikal ketika tiba di hospital
- Tiada kesan lebam, tanda penderaan – Pegawai perubatan
- 6 lagi saksi baharu dijangka beri keterangan
- Peguam bangkitkan isu kesan darah pada kertas tulisan Zara Qairina
- Peguam keluarga Zara Qairina mohon pakar tulisan lantikan sendiri
- Tulisan tangan orang lain dalam buku Zara Qairina adalah penulis
- Pemeriksaan temukan tulisan tangan orang lain dalam sebuah buku milik
© New Straits Times Press (M) Bhd




