Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap aset bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan.
Menurut laporan Sinar Harian, SPRM kini sedang berhubung dengan beberapa agensi penguat kuasa luar negara, termasuk di United Kingdom (UK).
SPRM masih dapatkan maklumat luar negara

Perkara ini dibuat bagi mendapatkan maklumat terperinci dan ianya dikatakan sendiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Siasatan terhadap Dr Mahathir masih lagi dijalankan dan SPRM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berhubung aset-aset yang dimilikinya.
Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan.
Tuduhan kekayaan luar biasa Dr Mahathir

Siasatan ini mula mendapat perhatian selepas Dr Mahathir diminta mengisytiharkan asetnya kepada SPRM tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau sebelum ini menegaskan bahawa dirinya tidak memiliki kekayaan luar biasa seperti yang didakwa segelintir pihak, dan menyifatkan tuduhan tersebut bermotifkan politik.
Azam turut menegaskan bahawa kerjasama dengan pihak luar amat penting kerana kebanyakan aset yang dikaitkan dengan Dr Mahathir melibatkan aset di luar Malaysia.
Pssttt! Ketelusan dalam kepimpinan amat penting untuk mengelakkan fitnah dan salah faham. Setiap dakwaan perlu disiasat dengan adil agar rakyat mendapat kebenaran sebenar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




