“Alhamdulillah Dah Berangkut Dah, Malulah Hidup Atas Duit Perempuan” – Abby

“Alhamdulillah Dah Berangkut Dah, Malulah Hidup Atas Duit Perempuan” – Abby

Pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai pandangannya terhadap segelintir lelaki yang hidup di atas duit perempuan.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata dia malu melihat lelaki yang menumpang duit atau kesenangan kaum wanita.

BACA: Abby Abadi Dedah Marissa Dania Mahu Diselamatkan

“Alhamdulillah dah berangkut dah. Malulah hidup atas duit perempuan, jalan terus jangan belok-belok,” tulisnya.

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun ada yang mendakwa ianya berkaitan dengan rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan tindakan Abby yang mahu menyelamatkan anaknya.

Terdahulu, Abby menitipkan doa agar anaknya diberikan kekuatan untuk keluar dari hubungan yang didakwa toksik.


Scroll to Top