Pelakon Janna Nick memaklumkan dia dan suaminya, Dini Schatzmann bakal berpindah ke luar negara dalam masa terdekat ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Janna berkongsikan dia dan suami menziarahi datuk dan neneknya di kampung sebelum berangkat ke luar negara.
BACA: Janna Nick Anggap Hati Manusia Boleh Berubah, Reda Jika Rumah Tangga Diuji
“Tinggal beberapa hari lagi sebelum kami berpindah ke luar negara. Balik kampung, sebelum kita pindah jauh dari sini nak ucap selamat tinggal tapi bukan selamanya,” katanya.
Dalam hantaran berkenaan, Janna dilihat meluangkan masa bersama atuk dan neneknya namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penghijrahan mereka ke luar negara.
Dalam video tersebut, Janna sempat menjamah air tangan neneknya buat kali terakhir sebelum berangkat pergi dan ia akan menjadi kenangan apabila mereka berjauhan nanti.
“Tok cakap dia dah tak larat nak masak tapi masih degil tetap nak juga masak. Setiap kali balik, Tok tetap nak sediakan pinggan walaupun dia tahu cucu dia boleh ambik sendiri. Dulu lauk penuh atas meja sekarang tak ada kudrat lagi tapi rasa masih sama,” katanya.




