Pelakon Ika Nabella pertahankan penganjuran majlis Bachelorette Usrah yang diadakan buat Amira Othman baru-baru ini meskipun ada netizen yang mengecam.
Menerusi perkongsian di Threads, Ika berkata mereka yang meninggalkan komen tidak berasas itu seolah ‘bitter’ serta menjelaskan ia bukan majlis kosong tetapi diisi dengan sesi usrah.
BACA: “Suami 100% Provider, Leader” – Ika Nabella Kurang Setuju 50/50 Dalam Perkahwinan

“Maaf, tapi yang tinggalkan komen tak berasas itu bunyinya macam bitter je. Gabungan perkataan pula dijadikan isu padahal isi majlis itu jauh lebih bermakna.
“Cuba fikir, betul ke awak tak akan seronok kalau kawan-kawan perempuan awak adakan majlis bachelorette versi Islamik untuk awak? Awak dapat rasa kedua-duanya sekali, usrah pra-perkahwinan bersama sahabat dan juga sesi bonding yang penuh keakraban.
“Kecuali memang awak tak ada kawan perempuan. Kalau macam tu, ya saya faham,” katanya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian di Insta Story Ika berkata dia bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang bukan saja mengambil berat tetapi memberi teguran menuju ke arah kebaikan.




