XTRA XSTAR 2025: Zahra Kongsi Impak Selepas Bergelar Juara Musim Pertama – “Rezeki Saya Semakin Meluas”

XTRA XSTAR 2025: Zahra Kongsi Impak Selepas Bergelar Juara Musim Pertama – “Rezeki Saya Semakin  Meluas”

Pemenang musim pertama XTRA XSTAR 2024, Zahra Alya, meluahkan rasa syukur apabila pintu rezekinya semakin terbuka luas selepas dinobatkan sebagai juara program pencarian bakat nyanyian digital paling hangat itu.

Zahra atau nama sebenarnya Nurzahra Alya Mohd Asril, 19, mengakui, impak kemenangan tersebut bukan sahaja menaikkan profil kerjayanya, malah turut melonjakkan jumlah pengikut di media sosial, khususnya di TikTok.

“Impak yang paling besar sekali, pengikut saya di media sosial semakin meningkat, paling banyak di TikTok.

“XTRA XSTAR memang buka banyak pintu rezeki untuk saya. Saya sangat teruja dan bersyukur dikurniakan peluang ini,” ujarnya ketika ditemu bual.

Mengimbau kembali pengalaman sepanjang pertandingan, Zahra berkata XTRA XSTAR bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya platform pembelajaran yang mengajar peserta untuk lebih yakin di depan kamera.

“Siapa yang nak sertai, jangan lepaskan peluang. Banyak benda yang kita boleh belajar. Yang penting tunjukkan bakat, yakin dengan diri dan bertawakkal,” katanya.

Selepas kejayaan sulung itu, XTRA XSTAR 2025 kini membuka tirai musim kedua dengan misi memburu bintang baharu yang bakal mencetus fenomena dalam industri muzik tanah air.

Kempen ini membuka ruang buat anak-anak seni tanah air yang ingin menyerlahkan bakat nyanyian mereka melalui platform media sosial, tanpa batasan lokasi atau peluang.

Artikel Berkaitan: XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Selain membawa pulang gelaran juara, pemenang akan menerima kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents.

Bukan itu sahaja, juara juga bakal mendapat liputan meluas di pelbagai platform media XTRA dan Media Prima, termasuk sesi wawancara eksklusif serta peluang muncul di rancangan-rancangan hiburan popular.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook & X menerusi akaun @xtra_my.

Artikel Berkaitan: Dari Pentas XTRA XSTAR Ke Studio Rakaman… Zahra Lancar Single Debut Janjiku Padamu, Harap Jadi Lagu Galau Ramai!

Artikel Berkaitan: XTRA XSTAR 2025: Zahra Tampil Dengan Single Pertama ‘Janjiku Padamu’, Dedah Makna Mendalam & Cabaran Bergelar Artis Rakaman

@xtra_my

Jom min kongsikan dengan korang Juara XTRA XSTAR musim pertama iaitu Zahra.. Single pertama @zahraalya jiku Padamu’ dah keluar tau gais😍 sumpah sedap sangat lagu tu.. Mungkinkah anda juara XTRA XSTAR yang seterusnya? Jom hantar peyertaan video nyanyian anda di Tiktok , sertakan hastag #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun Tiktok @xtra_my #XTRAXSTAR2025 #alternaterecordandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

Scroll to Top