“Anjurkan majlis ilmu bukan sebab diri baik”, demikian luahan pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengenai isu tular berkenaan majlis meraikan rakan usrahnya iaitu pelakon dan penyanyi, Amira Othman baru-baru ini.
Kata Betty atau nama lengkapnya, Norsha Rahmad Ali, 44, penganjuran majlis ilmu yang sering dilakukannya adalah salah satu inisiatif untuknya kekal istiqamah.
Menurut Betty, semakin dia mempelajari dan mendalami ilmu agama, semakin membuatkan dia cakna bahawa banyak lagi perkara yang tidak diketahuinya.
“Nak tahu tak, anjurkan majlis ilmu bukan sebab diri ni baik. Tapi, inilah cara untuk saya istiqamah dan cari ilmu.
“Semakin lama saya belajar, semakin saya rasa banya sebenarnya saya tidak tahu,” katanya.
Dalam pada itu, adik kepada dramatis popular, Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini menegaskan, mereka yang menghadiri dan berlumba-lumba hadir ke majlis ilmu bukanlah kerana menganggap diri mereka baik sebaliknya mahu mendekatkan diri ke jalan Allah.
“Jadi jangan ingat orang pergi majlis usrah auto jadi malaikat tau (Bagitahu dalam nada iramam Malaysia),” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Betty menerusi perkongsian berlainan pula memaklumkan, dia telah memaafkan semua individu yang meninggalkan kata-kakecaman terhadapnya susulan penggunaaan ‘Bachelorette Usrah’ yang diadakan bertujuan meraikan hari bahagia rakan usrahnya yang juga penyanyi ‘Hati-Hati’ itu.





