Bertudung Dari Kecil, Anak Nora Ariffin Tiba-Tiba Buka Hijab | Oh! Artis – Oh! Media

Bertudung Dari Kecil, Anak Nora Ariffin Tiba-Tiba Buka Hijab | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Anak Nora tidak peduli dikecam kerana itu urusannya dengan Allah SWT.


Langkah berani anak kepada penyanyi tersohor Datuk Nora Ariffin, Putri Dahlia mencuri perhatian apabila mengumumkan mahu menukar nama pentasnya kepada ‘Dahlia’ sahaja.

Memetik laporan mStar, perkara itu muncul ketika dirinya sedang sibuk menyiapkan album baharu yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Buka tudung bukan sebab kontroversi

Lebih mengejutkan, kemunculannya di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) di Genting Highlands baru-baru ini menjadi tumpuan apabila buat kali pertama dia tampil tanpa bertudung.

Dahlia

Putri Dahlia menjelaskan keputusan menanggalkan hijab dibuat selepas lebih 15 tahun memakainya sejak kecil.

Katanya, ini adalah langkah baharu untuk lebih mendalami agama dengan cara tersendiri, bukan kerana ingin mencetuskan kontroversi.

Saya mula pakai tudung dari umur 6 tahun, saya tak dapat belajar agama saya sendiri. Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham). Saya hanya mahu mulakan perjalanan baru dan nak belajar cari jalan sendiri dalam agama. Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walaupun sudah tidak bertudung. Kalau sesiapa nak kecam, ini antara saya dengan Allah sahaja.

Menurut Dahlia, keluarganya termasuk ibunya sentiasa menyokong apa jua keputusan selagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Keluarga cakap Dahlia nampak cantik

Nora Ariffin

Ibu dan keluarga beri sokongan kepada saya. Mereka cakap saya nampak cantik. Apa yang penting sebagai orang Islam perlu jadi orang baik. Sebelum ini saya pernah cakap dengan keluarga bahawa perkara ini (buka tudung) akan terjadi tetapi mereka cakap tak mengapa kita sama-sama doa asalkan saya gembira dan menunaikan solat.

Dahlia turut menegaskan bahawa perubahan imej dan nama pentasnya adalah sebahagian daripada usaha untuk menjadi dirinya sendiri, tanpa terikat dengan imej lampau.

Saya nak tukar nama daripada Putri Dahlia kepada Dahlia saja. Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim sebagai ikon islamik. Saya nak jadi diri saya, Dahlia saja. Di masa hadapan saya memang tidak akan baca komen-komen netizen dan hanya mahu fokus hubungan dengan Allah saja.

Pssttt! Setiap insan ada perjalanan hidup sendiri, dan Dahlia memilih untuk mencari jalannya tanpa terikat dengan pandangan orang lain. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk Dahlia.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top