Presiden Iran desak negara Islam putus hubungan dengan Israel segera

Presiden Iran desak negara Islam putus hubungan dengan Israel segera

Tehran: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, pada Isnin menggesa negara Islam memutuskan hubungan dengan Israel.

Desakan itu dibuat menjelang Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang diadakan sebagai reaksi terhadap serangan Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas anggota Hamas di Qatar.

“Tidak mustahil bagi negara-negara Islam untuk memutuskan hubungan dengan rejim palsu ini dan mengekalkan perpaduan serta keharmonian sebaik mungkin,” kata Pezeshkian sebelum berlepas ke Doha.

Beliau berharap sidang kemuncak itu akan ‘mencapai satu keputusan’ mengenai langkah terhadap Israel.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top