Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris meluahkan rasa sedih apabila ramai selebriti yang berhijab membuat keputusan membuka tudung mereka.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Amin berkata memang berbeza mereka yang bertudung kerana Allah dengan mereka yang mengikut trend ataupun kerana keturunan.
BACA: Stesen TV Berhak Tarik Semula Gelaran Da’i – Amin Idris

“Dulu sejak kak Wardina (pelakon Wardina Safiyyah) yang memulakannya (tampil bertudung), kita bangga bila ramai selebriti wanita bertudung.
“Sedih akhir-akhir ini, makin ramai yang berhijab (bertudung) membuka tudungnya. Memang beza mereka yang berhijab kerana Allah, kerana ‘trend’ dan keturunan,” tulisnya.
Sementara itu, Amin tetap mendoakan mereka yang membuka tudung supaya mendapat hidayah daripada Allah. Bagaimanapun, Amin tidak merujuk perkongsian tersebut kepada mana-mana pihak.
Baru-baru ini, anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia menjadi perhatian apabila tampil tidak berhijab di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Dahlia turut berkata dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dan rasa lebih dekat dengan Allah walau sudah tidak bertudung.




