Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Puji Mi Segera Amira Othman

Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Puji Mi Segera Amira Othman

Pelakon Fattah Amin mendedahkan isterinya, Amira Othman seorang yang pandai memasak ketika siaran langsung baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Fattah berkata Amira pernah menyediakan hidangan mi segera namun penuh dengan bermacam-macam lauk dan meriah.

BACA: Fattah Amin, Amira Suka Cerita Pasal Agama & Tujuan Hidup

“Mira pandai masak, dia pernah masakkan untuk saya mi segera tapi meriah dengan macam-macam bahan.

“Dalam mi ada sotong, ikan, sayur, telur, dan macam-macam. Dekat situ saya terfikir kalau masak mi segera je dah macam tu apatah lagi masak yang lain, rupanya betul tekaan saya,” katanya.

Sementara itu, Amira berkongsikan hidangan mi segera itu adalah resepi daripada ibunya dan dia lebih suka menyediakan makanan barat kerana lebih ringkas dan mudah.

“Mi segera tu resepi mama, tapi tu memang senang nak masak. Saya suka masak western food kerana lebih senang sebab kalau masakan Melayu ni senang juga cuma saya jenis letak bawang banyak jadi rencah-rencah tu jadi makin bertambah,” katanya.


Scroll to Top