Cucu Buat ‘Projek’ Dalam Rumah Nenek Yang Sedang Uzur | Trending – Oh! Media

Cucu Buat ‘Projek’ Dalam Rumah Nenek Yang Sedang Uzur | Trending – Oh! Media

Trending

Lelaki bujang ditahan JAINJ selepas dicekup khalwat bersama warga asing di rumah nenek uzur. Pertemuan pertama melalui aplikasi sembang berakhir tragedi.


Seorang lelaki bujang berusia 30-an ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dicekup berkhalwat dengan seorang wanita warga asing dalam serbuan di Mersing malam tadi.

Menurut laporan Kosmo, turut berada di rumah berkenaan ialah nenek lelaki tersebut yang berusia lebih 80 tahun dan terlantar uzur ketika serbuan berlaku sekitar jam 10 malam itu. Allahu!

Kenal melalui sebuah aplikasi

Pasangan Khalwat

Menurut sumber JAINJ, wanita bujang berusia 30-an itu baru sahaja berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi sebuah aplikasi popular di internet.

Selepas bersembang dan berhubung menerusi panggilan video, wanita terbabit nekad datang ke Mersing untuk berjumpa lelaki itu buat pertama kali.

Pertemuan pertama itu akhirnya membawa mereka terjerat hingga disyaki melakukan khalwat di rumah berkenaan.

Disyaki terbabit penyalahgunaan dadah

Berkhalwat 1000x563

Dalam operasi itu, pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut serta menahan lelaki tersebut kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pssttt! Perkenalan melalui aplikasi sembang boleh membawa bahaya jika tidak dikawal. Jaga maruah diri, fikirkan keluarga dan masa depan sebelum buat keputusan terburu-buru.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top