“Kalau Kahwin Semata-Mata Nak Hilangkan Sepi, Itu Bukan Jalannya”

“Kalau Kahwin Semata-Mata Nak Hilangkan Sepi, Itu Bukan Jalannya”

Pelakon Farid Kamil memberi pendapat berkenaan persepsi orang ramai yang sering beranggapan golongan lelaki lebih mudah ‘move on’ selepas bercerai berbanding wanita.

Memetik Oh Bulan, Farid berkata ianya tidak patut dibuat perbandingan kerana bergantung pada jodoh seseorang itu dan matlamat hidup individu berbeza-beza.

BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Hampir Setahun Tak Berhubung

“Kalau itu yang netizen katakan, pada saya seimbang sahaja. Ada juga yang wanita berkahwin dulu, lelaki kahwin kemudian dan sebaliknya. Pada saya situasi ini bergantung kepada jodoh, pertemuan dan matlamat hidup seseorang.

“Sesetengah orang mungkin tak boleh nak bersendirian terlalu lama dan ada sesetengah orang pula boleh lama hidup bersendirian,” katanya.

Sementara itu, Farid berkata jika seseorang itu bercinta dan berkahwin kita itu tidak boleh menghukum kerana mereka mempunyai sebab tersendiri.

“Kita tak boleh nak hukum orang sebab bercinta dan berkahwin ini soal jiwa dan raga. Tetapi, kalau berkahwin semata-mata nak hilangkan kesepian, itu bukan jalan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Farid berkata selepas bercerai dia menggunakan tempoh hidup bersendirian untuk membina semula kehidupan serta memulakan perniagaan.

“Tetapi pada saya sebagai seorang lelaki kita perlu jalani setiap perkara tersebut supaya kita dapat berfikir apa pula jalan dan langkah kita yang seterusnya.

“Macam saya, walaupun sudah bersendirian selama enam bulan, masa itu saya gunakan untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top