Penyanyi, Yuji menimbulkan persoalan berhubung keputusan Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) bagi kategori Lagu Strim Terbanyak Malaysia.
Menerusi perkongsian di Threads, Yuji atau nama sebenarnya meluahkan rasa kurang faham apabila lagunya, Old Love, yang meraih lebih 360 juta strim di Spotify tidak diumumkan sebagai pemenang kategori berkenaan.
“Lagu saya ada 360 juta strim di Spotify, tapi AIM beri anugerah itu kepada lagu yang hanya catat sekitar 12 juta strim untuk kategori Lagu Strim Terbanyak Malaysia,” tulisnya.
Bagaimanapun, Yuji menegaskan dia tidak mempunyai perasaan cemburu terhadap penyanyi, Ernie Zakri yang diumumkan sebagai pemenang menerusi lagu Masing Masing.
“Sejujurnya, saya tidak marah pada Ernie. Cuma saya tidak faham kenapa RIM dan AIM tidak memberikan kemenangan itu kepada Old Love,” katanya lagi.

Pada malam kemuncak AIM24, lagu Masing Masing ciptaan Ade Govinda yang dipersembahkan Ernie diumum sebagai pemenang kategori Lagu Paling Tinggi Distrim
Lagu itu bukan sahaja meraih lebih 500 juta strim di pelbagai platform, malah turut diiktiraf Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sebagai lagu nombor satu paling lama bertahan di Carta RIM iaitu selama 27 minggu.
Sementara itu, Old Love turut tercalon dalam Top 5 kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, namun kemenangan berpihak kepada Daiyan Trisha menerusi lagu My Home Is In Your Arms.




