Bimbang wujud sindiket 'counter setting' di pangkalan haram – Polis

Bimbang wujud sindiket 'counter setting' di pangkalan haram – Polis

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Polis Kelantan menyuarakan kebimbangan kemungkinan wujudnya sindiket ‘counter setting’ di pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, sempadan Kelantan-Thailand bagi kegiatan penyeludupan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, siasatan dan risikan sedang dijalankan dan pihaknya memandang serius berhubung isu berkenaan.

“Macam saya kata isu penyeludupan terus berlaku di sempadan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang canggih pun ada sindiket ‘counter setting’, inikan pula di pangkalan haram Sungai Golok yang terbuka dan terdedah.

“Bagaimanapun itu andaian saya berhubung ‘counter setting’ di pangkalan haram, pada masa sama kita turut menjalankan siasatan dan risikan kerana kita memandang serius isu berkenaan.

“Kita bimbang wujudnya ‘counter setting’ di pangkalan haram juga. Namun kegiatan penyeludupan kini juga banyak memilih laluan laut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada masa sama katanya, kawalan di sempadan sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa bagi mengekang kegiatan penyeludupan termasuk dadah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top