Sepang: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti rekod kewangan ahli keluarga dan rakan sekutu individu yang ditahan setakat ini berhubung kes sindiket counter setting.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan turut merangkumi sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan mereka yang ditahan.
“Sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan mereka, kita akan siasat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Ke-4 di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa direman SPRM kerana disyaki terbabit sindiket counter setting bagi melepaskan warga asing masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
Mengulas lanjut, Azam berkata, ada antara yang ditahan memberi alasan bahawa wang yang diperoleh datang daripada pihak lain.
“Siasatan lanjut akan dijalankan. Aliran wang tidak terlalu panjang kerana ia tidak membabitkan sektor korporat, namun mereka tetap perlu menjawab bagaimana wang itu diperoleh,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga perlu mendapatkan keterangan saksi mengenai bagaimana mereka yang ditahan mampu membeli kenderaan mewah, membuka perniagaan dan memiliki sejumlah wang tunai.
- Sindiket ‘counter setting’: Ibu, anak antara ditahan
- Pegawai Imigresen simpan RM1.5 juta wang rasuah dalam Tabung Haji, ASB – SPRM
- Rasuah buka kedai emas, pasangan pegawai Imigresen ‘makan kiri kanan’
- Penjaga kaunter lapangan terbang miliki 32kg emas bernilai RM1.6 juta
- Rampasan barangan kemas RM2.3 juta
- Rasuah RM50,000 sebulan boloskan warga asing, gadai keselamatan negara
- Seorang lagi pegawai penguat kuasa di KLIA ditahan
- Disyaki terbabit sindiket ‘counter setting’, 27 individu termasuk 18 pegawai
© New Straits Times Press (M) Bhd




