“Sampai Mati, Ibu Ayah Syurga Kita” 

“Sampai Mati, Ibu Ayah Syurga Kita” 

Ketika majlis penikahan Fattah Amin dan Amira Othman pada Ahad lalu, pasti ramai dapat mendengar bacaan doa buat kedua ibu bapa yang dibacakan oleh Raqib Majid.

Doa itu dibacakan ketika Amira berarak masuk ke dewan majlis bersama ibunya sekaligus membuatkan ramai sebak.

BACA: “Saat Paling Saya Tunggu, Amira Berjumpa Dengan Cinta Hatinya”

Menerusi perkongsian di Instagram, Amira berkata dia sukakan doa tersebut kerana sangat bermakna dan baginya sampai ke akhir hayat ibu bapa adalah syurga buatnya.

“Say terlalu suka doa ni sangat meaningful. ‘Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku, kasihani mereka seperti mereka menjagaku’.

“Kalau cerita pasal Mak Ayah ni tkkan habis. Sampai mati mereka adalah Syurga kita. Takkan boleh beli kat mana-mana dah,” tulisnya.

Sementara itu, Amira berkata bapanya banyak mengajar dirinya dan segala pesanan serta nasihat yang diberikan akan sentiasa diingati.

“Abah banyak ajar saya, apa yang saya buat harini apa yang saya cakap harini apa yang saya fikir harini Abah la yang banyak ajar dan didik saya. Saya forever ingat Abah pesan untuk selalu sangka baik selalu buat baik selalulah jadi org baik.

“Mama adalah orang yang sentiasa doakan saya, sentiasa saya mohon doa walau sekecil zarah urusan hidup saya sebab saya yakin doa ibu tiada hijab. Macam macam keajaiban dengan doa Ibu ni. Ya Allah, moga ibu bapa kita dikurniakan Syurga tanpa hisab.

“Moga kita dapat jadi anak anak yang sentiasa membahagiakan kedua dua ibu bapa kita agar bila kita ada anak nanti kita juga akan disayangi dihargai oleh anak-anak kita,” tulisnya.


Scroll to Top